KUALA LUMPUR – Bermodalkan hanya 20 sen, orang ramai kini boleh mendapatkan maklumat pelancongan dengan lebih mudah, cepat dan murah dengan menggunakan teknologi terbaru, Malaysia Info Kiosk atau e-ryza 'Brain of Malaysia'.

Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman berkata, mesin serbaguna berkenaan mampu menarik pelancong asing datang ke negara ini kerana ia memudahkan mereka untuk mendapatkan maklumat lengkap ke destinasi yang ingin dikunjungi.

“Syarikat tempatan harus membantu kementerian mempromosi produk pelancongan seperti menggunakan pendekatan teknologi ini untuk memudahkan dan meluaskan lagi kempen mempromosikan Malaysia seperti Zoom Malaysia.

“Secara tidak langsung syarikat berkenaan tidak bergantung kepada badan kerajaan semata-mata untuk menarik lebih ramai pelancong asing datang berkunjung ke negara ini,” katanya pada majlis perasmian Kiosk e-ryza di Kuala Lumpur Sentral, di sini, semalam.

Selain dilengkapi senarai lengkap hotel, tempat beli-belah, restoran, pusat perubatan, ejen pelancongan, pengangkutan, kelab golf dan maklumat kewangan, mesin serba guna keluaran Rhyzrin Sdn Bhd ini juga membolehkan pengguna untuk melayari internet, membuat pembayaran bil dan menggunakan khidmat e-ticketing.

Map
Contact us
Others
Services
Products
Company
Home